pokemOn..

Assalamualaikum. Maaf jika anda rasa tajuk ini agak lama, tapi saya rasa mungkin saya perlu katakan sesuatu. Jujur saya katakan, isu ini sangat mengganggu saya kerana saya sendiri pun bekas peminat Pokemon (anime dan video games sahaja) masa saya di sekolah rendah dan awal sekolah menengah dahulu.

Saya juga tahu bahawa perkara ini pernah dibentangkan dalam kelas Dr. Bahjat. Ingin saya katakan di sini, bagi saya bahaya Pokemon kononnya ada membawa maksud yang kufur dan jahat itu adalah DUSTA semata-mata.

Saya ingin pertahankan berdasarkan fakta, itu sahaja. Terpulanglah untuk menyokong atau tidak kerana kita yang memilih antara kedua-duanya.
   
Menurut kajian saya, 'Pokemon' adalah nama gabungan bagi 'pocket' dan 'monsters', atau jika kita tafsirkan dalam bahasa Melayu, raksasa yang boleh disimpan dalam poket. Tohmahan yang mengatakan 'Pokemon' membawa maksud 'saya Yahudi' yang dikatakan berasal dari bahasa Siryani itu bagi saya tiada logiknya dan jujurnya bagi saya, Yahudi cuma ingin memperbodohkan kita dengan tohmahan ini. Cuba anda fikirkan semula, pengasas Pokemon bukanlah dari pihak Yahudi, tetapi pengasasnya adalah seorang rakyat Jepun, Satoshi Tajiri.

Satoshi Tajiri mengatakan gambaran dan nama-nama yang dicipta olehnya itu adalah berdasarkan dari minat mendalamnya kepada serangga dan juga binatang-binatang ketika dia masih kecil. Jadi, datang dari mana semua tohmahan ini?

Pikachu yang dikatakan membawa maksud 'jadilah Yahudi sejati' itu sebenarnya salah! Pikachu itu berasal dari gabungan perkataan dari bahasa Jepun iaitu 'pika' (percikan elektrik) dan 'chu' (bunyi tikus). Terhasillah gabungan 'Pikachu' yang membawa maksud tikus elektrik.

Nama-nama raksasa lain seperti Charmander yang kononnya membawa maksud 'Allah itu lemah' itu sebenarnya telah diubah oleh orang Barat ketika berada di pasaran Barat. Menurut sumber yang asli, nama Charmander ialah gabungan bagi perkataan 'Char' adalah bermaksud 'untuk membakar' dan 'mander' ialah nama pendek bagi 'salamander' (sejenis binatang seperti biawak).

Nama asal bagi Charmander dalam bahasa Jepun ialah 'Hitokage'. 'Hitokage' adalah gabungan dari perkataan 'Hi' yang membawa maksud salamander dan 'tokage' pula membawa maksud 'cicak api'.

Jelas sekali, Yahudi ingin memperbodohkan kita dengan semua ini dan membuktikan kepada semua orang bahawa orang Islam adalah orang yang pendek akal dan sangat mudah untuk diperbodohkan. Jikalau anda tetap dengan pendirian anda, ubahkan sedikit. Haramkan Pokemon kerana dikatakan ada unsur perjudian, bukannya kerana membawa maksud yang kufur dan jahat serta menghina Allah.
P/S : artikel nie chua dapat dari NAZRIN LATIFF  
 

No comments:

Post a Comment