1) Basuh tangan secuci-cucinya dengan sabun (
dettol, lifebuoy, protect etc)
dan keringkan tangan dengan tuala bersih sebelum pegang contact
lens..make sure, tiap kali nak pegang lens, tangan kena cuci yeee...tak
kira la, masa nak pakai ke, nak tanggalkan ke, tetap kena pastikan
tangan bersih...sebab kuman kat tangan boleh memberi kesan tak baik kat
mata...
2) Seelok-eloknya, guna la air solution yang disuggest oleh orang
yang pakar. Pastikan ia sesuai ngan mata kita jugak...dan kalo dah
serasi dengan solution ni, jangan gatai tangan nak tukar-tukar unless
ade nasihat dari pakar suh tukar...lagi satu nota penting, jangan
campur-campurkan solution ye...memang tak digalakkan buat sebab takut
isi kandungan tak sama dan boleh merosakkan contact lens...nota lagi
lagi penting, jangan sesekali cuci contact lens dengan air paip ke air
mineral ke air suling ke kerana takut dikhuatiri ade bahan-bahan or
bakteria didalam air yang kita guna tu...
3) Ikut arahan cara nak pakai contact lens, cara nak tanggalkan,
cara nak cuci contact lens betul-betul tau...jangan nak main shortcut
je yeee...buat betoi-betoi secara berhemah...
4) Selepas pakai contact lens, make sure casing dicuci dan
dikeringkan dengan betoi...dan seeloknya tukar la casing tu sebulan
sekali...sekurang-kurangnya bila camni, casing kita akan sentiasa
bersih...
5) sebelum nak pakai tu, makesure contact lens berada dalam
kedudukan mangkuk ye, bukan pinggan...kalo bentuk pinggan, bila pakai,
akan rasa tak selesa...so kena la kalih kan ke bentuk mangkuk...
6) Untuk yang suka bermekap, pakai contact lens sebelum mula
bermekap...sebabnye kalo dah mekap, baru nak pakai, takut barang mekap
tu terlekat kat contact lens dan boleh merosakkan mata dengan bahan tak
bagus...time nak remove mekap pun, kena buangkan lens dulu baru
buangkan mekap...kalo korang ade mekap khas yang memang elok untuk si
pemakai contact lens, lagi bagus...terjaga mata korang tau..
7) nak swimming ke, nak sauna ke, nak spa ke, silalah tanggal contact lens dulu yeee....
8) Jangan tidur sekali dengan contact lense . Jangan tidur sekali
dengan contact lense .Jangan tidur sekali dengan contact lense .jangan
jangan jangan sesekali tido dengan contact lens...tak baik untuk
kesihatan...
9) contact lens yang expire hanya boleh extend pakai untuk sehari dua
sahaja...tak leh lebih...kalo lebih, cer korang tengok, nanti konpem
mata korang akan merah-merah dan rasa tak selesa...tapi seeloknya, kalo
dah expired, buang kan je la..tak yah la nak extend-extend
pakai...takut rosak mata nanti kang...
10) Jangan sesekali memakai contact lens orang lain yeeee...kita tak
tau jumlah protein yang dikuarkan oleh mata si pemakai tu berapa
banyak, kita tak tau camne dia cuci contact lens dia tu, kita tak tau
camne dia jaga contact lens dia tu...so kalo main redah je, tak
pasal-pasal, kuman-kuman ke ape ke boleh terus melekat kat mata kita
dan boleh mendatangkan penyakit...tak ke susah diri sendiri nanti...
**Lens Yang Baru dibeli haruslah direndam dengan air sollution selama
8 jam baru boleh pakai ya. Jangan sesekali guna air yang kat dalam
botol contact lense yang baru dibeli sebagai sollution, itu bukan
sollution ya...
Please Share If u rasa berguna untuk kawan2 lain ya... Thanks Ya :)
(copy&paste jew..=P)