wanita..hiasan dunia..

MUSLIMAH YANG CANTIK,
tidak dilihat dari bentuk tubuh yang mempesona,
tetapi dari ...
sejauh mana dia berhasil menutup tubuhnya. . . . .

MUSLIMAH YANG SANTUN,
tidak dilihat dari keberaniannya berpakaian tetapi,
dari sejauh mana dia mempertahankan kehormatanya. . . . .

MUSLIMAH YANG BERANI,
tidak dilihat dari kekuatirannya digoda orang dijalan tetapi,
kekuatiran akan dirinya yang membuat orang tergoda. . . .
Subhanallah. . .

MUSLIMAH YANG CERDAS,
tidak dilihat dari keahliannya berbicara tetapi,
dari bagaimana caranya berbicara. . . . .

MUSLIMAH YANG TABAH,
tidak dilihat dari seberapa banyak dan besar ujian yang dijalani,
tetapi dari sejauh mana dia menghadapi ujian dengan kesabarannya. . .

MUSLIMAH YANG MERDU,
tidak dilihat dari seberapa indah lantunan suaranya tetapi,
dari apa yang sering lisannya ucapkan. . . . . .

MUSLIMAH YANG JELITA,
tidak dilihat dari kecantikan parasnya tetapi,
dari kecantikan yang tersembunyi didalam hati. . . . . .

MUSLIMAH YANG BAIK,
tidak dilihat dari begitu banyaknya dia melakukan kebaikan tetapi,
dari keikhlasannya memberikan kebaikan itu. . . . . .

MUSLIMAH YANG GAUL,
tidak dilihat dari sifat bebasnya bergaul tetapi,
dari sejauh mana ia menjaga kehormatanya dalam bergaul. . . .

Rasulullah s.a.w..contoh yang Maha Agung..

      Alhamdulillah..bersyukur ke hadrat Illahi..telah mengizinkan kita untuk bernafas..untuk berjalan..untuk melihat dan mendengar..Sesungguhnya semua yang terjadi di dunia ini..dengan izin ALLAH...hatta mengerakkan satu jari sekalipon..

    nasueha nak kongsi satu cerita tentang pengorbanan Rasul kita yang Maha Mulia..penyeksaan yang beliau terima terlalu perit salah satunya ialah kisah yang ingin nasueha kongsi....(^_^)..


          "Pada suatu hari..Nabi s.a.w memasuki kawasan Masjidil Haram untuk bersembahyang..Pada masa itu,Pembesar Quraisy berkumpul bersebelahan dengan Kaabah.. apabila melihat Nabi Muhammad,mereka terus meluru dan menangkap baginda..Mereka yang ramai itu memukul,menarik janggut dan baju Nabi..


              Mereka menghina dan mengherdik Nabi Muhammad kerana Nabi dikatakan mengejek nenek moyang mereka..Nabi Muhammad yang berani itu mengaku menyatakan kesesatan orang-orang musyrikin Quraisy..Pengakuan Nabi itu membuatkan mereka semakin menggila marah..mereka menyiksa Nabi dengan mengikat leher Nabi,kemudian ditarik-tarik sehingga nabi terpaksa melutut dan menahan sakit..


               Akhirnya,Abu Bakar tiba selepas diberitahu Nabi diseksa di sisi Kaabah..Abu Bakar dengan lantangnya mengherdik mereka..
           "binasalah kamu semua..!!..apakah kamu ingin membunuh seorang yang sebangsa denganmu yang mengatakan ALLAH itu Tuhannya??..sedangkan dia membawa kepada kamu segala kesaksian yang benar?.."


                selepas Abu Bakar mengucapkan kata-kata itu,mereka memandang pula kepadanya..sekarang,Abu bakar pula yang mereka pukul dan kerjakan..Abu Bakar tidak mampu melawan..Sehingga Nabi bersuara dengan kuat..
           "biarlah mereka menyeksa kita..wahai Abu Bakar!..Sesungguhnya demi zat yang menguasai tubuhku dengan kekuasaan-Nya..aku ditugaskan menyembelih mereka semua suatu ketika nanti!.."


                 Mendengar kata-kata Nabi itu..mereka mula berhenti memukul Nabi dan Abu Bakar..Akhirnya..mereka meninggalkan Nabi dan Abu Bakar yang diseksa dengan biadap..benarlah,mereka sebenarnya takut dengan doa dan kata-kata Nabi..


                 Itulah sikap Nabi Muhammad..biarpun dirinya diseksa dan dihina..namun kesabaran dan keberanian mengatasi kesakitan yang menimpa tubuh..subhanallah..bagaimana hamba sehina kita mampu membalas budi Beliau yang begitu besar..tanpa mengorbanan Baginda dan para sahabat..kita tidak mungkin akan dapat merasai kemanisan Islam..masya-ALLAH...


      



In a time of darkness and greed
It is your light that we need
You came to teach us how to live
Muhmmad, ya Rasoola Allah

You were so caring and kind
Your soul was full of light
You are the best of mankind
Muhammad, khairu khalqi Allah

Chorus:
Sallou 'ala Rasooli Allah
Habibil Mustafa
Peace be upon the Messenger
The Chosen One

From luxury you turned away
And all night you would pray
Truthful in every word you say
Muhammad, ya Rasoola Allah

Your face was brighter than the sun
Your beauty equalled by none
You are Allah's Chosen One
Muhammad, khayru khalqi Allah

Chorus

I'll try to follow your way
And do my best to live my life
As you taught me
I pray to be close to you
On that day, and see you smile
When you see me

Chorus  

biArkU meNjaDi liLin

biarku menjadi lilin memberikan cahaya
terangi sekeliling dengan diri terbakar
tak siapa yang sedar 
di saat kegelapan rela aku berkorban
demi satu harapan

biar masa berlari dan kau terus mendaki
aku tenang disini dengan sabar menanti
tanpa dendam dan benci
andainya engkau terjatuh,terluka dan tersungkur
ku rawat biar sembuh
aku takkan bertanya
apakah nanti balasannya
setiap pengorbanan setiap pemberian
demi satu ikatan
keikhlasan di hati walaupun sering kau ragui
pada suatu ketika dan suatu ketika
akan ketara jua

biarku menjadi lilin memberikan cahaya
saat kau kesepian saat kau kegelapan
kurela menerangi
aku senang begini dapat terus berbakti
dengan cara ku sendiri..
(^_~)

juJur iTu sYurgA..(part 2)

             Setelah masuk ke dalam masjid..Amin mendengar seorang jemaah haji berpakaian ihram berteriak dengan suara yang lantang.."Wahai hamba ALLAH sekalian...!..wahai jemaah haji..!..wahai para tetamu ALLAH..!..adakah ada di antara kalian yang menemui bungkusan hijau milikku..??.."
           
             Amin mendekatinya lalu bertanya kepada orang yang berteriak itu.."Adakah engkau tahu apakah isi bungkusan itu..tuan haji..?.."
             "Ya..aku tahu..di dalam bunkusan hijau itu berisi wang seratus lima puluh dinar.."jawab lelaki itu..
mendengar jawapan itu..Amin yakin bahawa tuan haji adalah pemilik bungkusan itu..

            Dia mengeluarkan bungkusan itu dari bajunya dan memberikannya kepada lelaki itu sambil berkata.."kau benar..ambillah bungkusan ini..inilah barang yang engkau cari-carikan itu.."...tuan haji menerima bungkusan itu dengan wajah yang ceria..dia lalu mengira isinya..ternyata masih sama,tidak kurang satu keping pun..selepas itu,tuan haji mengajak Amin duduk di tempat yang agak sunyi..


           Dia berkata.."saudaraku..bungkusan ini sekarang menjadi milikmu..masih ada satu bungkusan lagi berisi seribu dinar untukmu.."
Amin terkejut mendengar kata-kata lelaki itu..dengan nada bingung dia bertanya.."Apakah ini??..aku memulangkan bungkusanmu,tapi kamu kata bungkusan itu jadi milikku??..bahkan,engkau menambahkan satu bungkusan lagi berisi seribu dinar??..aku sama sekali tidak faham maksudmu..tuan haji??.."


           Tuan haji menjawab.."Harta ini diberikan kepadaku oleh seorang lelaki beriman dari Mesir..dia mewariskan kepadaku untuk meletakkan sebahagiannya di dalam Masjidil Haram..jika ad seseorang yang menemukannya dan dengan jujur dia mengembalikannya kepadaku..aku di suruh memberikan seluruh harta ini kepadanya.."
Amin takjub mendengar kata-kata lelaki tua itu..Lalu dia bertanya.."Mengapakah lelaki beriman dari Mesir itu memintamu melakukan hal demikian..??"


            Tuan haji menjawab.."Dia menginginkan sedekahnya sampai ke tangan orang yang jujur dan amanah..Kau telah mengembalikan bungkusan itu dengan penuh amanah..siapa pun yang dapat menjaga amanah,bererti dia boleh dipercayai..orang seperti itu,selain makan,dia juga akan bersedeQah dengan apa yang ada padanya..orang seperti itu tidak akan mementingkan dirinya sendiri..dengan demikian,sedekah lelaki beriman dari Mesir itu akan diterima oleh ALLAH.."


          Akhirnya tuan haji itu benar-benar memberikan dua bungkusan wang kepada lelaki miskin bernama Amin itu..Dengan hati yang penuh syukur kepada ALLAH,..Amin pulang sambil membawa seribu seratus dinar emas..Dia menyerahkan wang itu kepada isterinya yang tercinta sambil menjelaskan jalan ceritanya..


          Nah..!..sekarang wang ini halal bagi kita..Marilah kita membeli makanan dan pakaian untuk anak-anak kita..sudah dua hari mereka tidak makan..jangan lupa,sedekahkan sebahagian wang itu kepada orang-orang yang memerlukannya.."..kata isterinya lembut..
         "akan segera aku lakukan,isteriku.."..jawab amin..


         Dia lalu bergegas ke luar rumah..di halaman rumahnya,dia bersujud syukur..keningnya terus menyentuh tanah..dalam sujudnya dia membaca tasbih dan berdoa "Alhamdulillah..segala puji bagi-Mu ya ALLAH yang telah memberikan aku seorang isteri yang solehah..segala puji bagi-Mu ya ALLAH..yang telah memberiku hidayah kepadaku..segala puji bagi-Mu ya ALLAH yang telah mengalirkan rezeki sedemikian banyak kepadaku..segala puji bagi-Mu ya ALLAH atas segala nikmat yang engkau kurniakan kepadaku.."


          Setelah itu Amin pergi ke pasar dan membahagi-bahagikan sedeQah kepada fakir miskin..Dia semakin sedar bahawa dengan meninggalkan rezeki yang haram..Allah menggantikan dengan rezeki yang halal dan jauh  lebih banyak..Amin semakin yakin akan ajaran Rasulullah bahawa kejujuran adalah pintu ke syurga..syurga di dunia dan di akhirat..

juJur iTu sYurgA..

          Di pinggir kota Mekkah..pada zaman ulama salafush shalih dahulu..ada seorang lelaki miskin yang hidup dengan keluarganya..lelaki itu bernama Amin..meskipun miskin..Amin adalah orang yang jujur dan baik hati...

          Suatu hari..dia mencari makanan di dapur..perutnya terasa sangat lapar..dia mencari..jika ada sesuatu yang boleh dimakan bagi mengisi perutnya..Malang sekali,dia tidak terjumpa apa-apa pun..Bahkan,rotikering dan garam pun tidak ada..Amin bergegas membuka pintu hendak keluar rumah..
          Tiba-tiba..."suamiku..adakah engkau akan meninggalkan kami dalam kelaparan tanpa makanan??.."..tanya isteri sambil mengendong anaknya yang sedang demam panas..
          "aku akan pergi ke kaabah untuk tawaf dan solat di sana..aku akan berdoa agar ALLAH membuka pintu rezeki kita.."..jawab Amin lembut..Lalu Amin melangkahkan kaki ke kaabah..
           Sesampai di sana..dia tawaf tujuh pusingan..Lalu,dia solat 2 rakaat di depan MaQam ibrahim..Setelah itu,Amin berdoa dan menangis di Multazam..yang terletak diantara Hajarul Aswad dan pintu Kaabah..Dalam doanya,dia meminta kepada ALLAH agar diberi kemudahan dan kebahgiaan hidup di dunia dan akhirat...



           Hari itu Masjidil Haram dipenuhi jemaah haji..Selesai sahaja tawaf,solat dan berdoa..Amin melangkahkan kaki menuju ke telaga zam-zam untuk meminum airnya..Dia minum sepuas-puasnya..sebagaimana di ajar oleh Rasulullah s.a.w..Selama ini air zam-zam sentiasa mengisi perutnya yang lapar..Lalu,dia melangkah kluar dari masjid dan berniat hendak pulang ke rumah..
         
           Baru beberapa langkah..kakinya terpijak sesuatu..Amin berhenti dan melihat apa yang dipijaknya..Ternyata ianya sebuah bungkusan berwarna hijau..Dia membongkok lalu mengambil bungkusan itu..Setelah dibuka,bungkusan itu ternyata berisi wang dinar emas yang tidak sedikit jumlahnya..Amin segera membawa bungkusan itu ke rumahnya dengan hati yang berbunga-bunga...



          Setelah tiba di rumah..dia berkata kepada isterinya dengan wajah yang gembira.."Lihat isteriku..apakah yang aku perolehi hari ini..??..lihatlah aku membawa bungkusan yang penuh berisi wang dinar emas..!.."
          "darimanakah engkau mendapat bungkusan berisi wang sebanyak itu??.."isterinya terus bertanya..
          "Aku menemuinya di Masjidil Haram.."..jawab Amin..
          "kalau begitu..cepat engkau letakkan kembali bungkusan itu di tempat asalnya..Itu bukan milik kita..Itu harta orang lain..Orang yang kehilangan hartanya itu..pada saat nie pasti sedang bersedih..bungkusan yang kau temukan ini adalah amanah..Lebih baik aku dan anak-anakku mati kelaparan daripada memakan rezeki yang tidak halal..!!.."..kata isterinya tegas..

            Amin terkejut mendengar kata-kata isterinya itu..Dia terkaku sesaat..namun perlahan dia tersedar dan merasakan bahawa apa yang dikatakan oleh isterinya itu benar..bungkusan itu bukan miliknya..itu milik orang lain..dia tidak berhak memilikinya...
            "benar..ini adalah amanah..aku mesti mengembalikan nya kepada pemiliknya.."bisiknya..

            Amin pun lantas teringat namanya..Ah..!..namanya saja Amin..Amin bererti orang yang boleh dipercayai,orang yang boleh menjaga amanah..Dia mesti benar-benar seorang Amin seperti akhlak Baginda Nabi..ketika itu juga dia terus melangkah ke Masjidil Haram..


 

pahala takut kepada ALLAH

   Dalam sebuah hadith Qudsi ada riwayat mengenai balasan yang diberikan ALLAH kepada orang yang takut kepada-Nya..Rasulullah s.a.w bersabda,

         "Terdapat seorang lelaki yang tidak pernah berbuat kebajikan sama sekali..lelaki itu meninggalkan wasiat kepada keluarganya..'Jika aku mati,maka bakarlah aku hingga hancur menjadi abu..kemudian,taburkan sebahagian abu itu di daratan dan sebahagian lagi di lautan..Demi ALLAH..!..jika ALLAH menghisabku,pasti Dia mengazabku dengan azab yang tidak pernah di timpakan kepada seorangg pun di alam semesta..!"
           Tatkala lelaki itu meninggal dunia,keluarganya melaksanakan apa yang telah diwasiatkan kepada mereka..Lalu ALLAH memerintahkan daratan supaya mengumpulkan abu yang disebarkan di daratan itu dan memerintahkan lautan supaya mengumpul debu yang disebar di lautan..
           Kemudian ALLAH s.w.t bertanya kepada lelaki itu..(setelah dibangkitkan kembali).."Mengapakah engkau melakukan ini??.."
            Lelaki itu menjawab.."Kerana aku takut kepada-Mu wahai Tuhanku..dan engkau lebih Mengetahui ini semua.."
            Maka ALLAH s.w.t mengampuninya..


          Kisah dalam hadith Qudsi ini begitu memberi pengajaran dan penuh hikmah..seseorang yang selalu membuat maksiat dan tidak pernah beramal soleh sedikitpun..masih memiliki rasa takut pada ALLAH..Keagungan ALLAH ada di hadapan matanya sehingga dia takut akan hisab dan azab ALLAH atas perbuatannya di dunia..
         Ketakutannya ini membuatnya membuat wasiat bodoh..Setelah mati,dia ingin mayatnya dibakar dan abunya disebarkan di daratan dan di lautan..dengan begitu dia berharap tidak dihisab oleh ALLAH s.w.t..dia ingin selamat dari azab ALLAH..dia yakin ALLAH itu ada..dia juga yakin hisab ALLAH itu ada dan hisab itu menunggu setelah kematiannya..dia ingin menyelamatkan dirinya dengan cara menabur abu jasadnya itu di daratan dan di lautan...
          Namun ALLAH itu Maha Kuasa tetap menghisabnya..tiada yang luput dari hisab-Nya..akhirnya ALLAH mengampuni lelaki itu berkat rasa takutnya pada Keagungan ALLAH s.w.t..
         Hikmah yang dapat diambil dari kisah tadi adalah..walau sekecil apa pun keimanan dalam dada seseorang(iaitu keyakinan akan adanya ALLAH hisab dan keadilan)..dapat mendatangkan keampunan dan rahmat ALLAH..bagaimana jika rasa takut pada ALLAH itu dihadirkan pada setiap saat dengan disertai amal soleh??..tentu pahala yang lebih besar dan agung disediakan oleh ALLAH..
        Di dalam kitab Al-Quran..ALLAH s.w.t berfirman memberikan khabar gembira yang bermaksud..:


       "Dan adapun orang-orang yang takut kepada keagungan ALLAH dan menahan diri dari        keinginan hawa nafsunya maka sesungguhnya syurgalah tempat tinggalnya.."

                                                                                                           (Surah an-Naziat [79]:40-41)

masuk syurga dan masuk neraka kerna seekor lalat..

     Imam thariQ bin Syihab pernah berkata dalam majlis pengajiannya.."ada orang yang masuk syurga kerana seekor lalat dan ada pula yang masuk neraka kerana seekor lalat.."
       
       kaum muslimin yang hadir dalam pengajian itu terperanjat apabila terdengar perkataan Imam ThariQ bin syihab yang tak masuk akal itu..mereka ternyata hairan..
  
      "Bagaimana hal itu boleh terjadi?.."..tanya mereka serentak..


      lalu Imam ThariQ menceritakan sebuah kisah menarik..


    "Ada dua orang pengembara..Pada suatu hari..mereka memasuki sebuah daerah yang didiami oleh satu kaum yang menyembah berhala..kaum itu memiliki berhala yang di sembah dan di keramat..orang yang melewati daerah mereka harus memberi korban sebagai persembahan untuk berhala itu..Jika tidak,mereka tidak dibenarkan keluar hidup-hidup dari daerah itu..
     Dua orang itu turut mengalami masalah yang sama..mereka mesti memberikan persembahan pada patung berhala..lelaki yang pertama sangat takut pada kematian..oleh kerana tidak memiliki apa-apa..akhirnya dia menangkap seekor lalat untuk dipersembahkan pada berhala itu..
     Lelaki yang kedua pula tetap teguh memegang akidahnya..Dia tidak mahu berkorban untuk berhala itu,meskipun dengan seekor lalat..Dia memilih untuk taat pada ajaran agamanya..Berkorban hanya boleh dilakukan jika sesuai dengan syariat..iaitu korban Aidil Adha yang dilakukan ikhlas kerana Allah Ta'ala..
     Memberi persembahan untuk berhala meskipun hanya dengan seekor lalat adalah perbuatan menyekutukan ALLAH..itu adalah dosa yang paling besar..keenganannya menyebabkan dia dibunuh..lelaki itu mati syahid mempertahankan akidahnya dan masuk syurga..
      Adapun lelaki yang satunya,akhirnya meneruskan perjalanan..namun begitu,malang menimpanya..baru sahaja dia berjalan beberapa puluh langkah..dia dipatuk ular berbisa di tengah padang pasir dan akhirnya menhembus nafasnya yang terakhir..
     Namun dia mati dalam keadaan musyrik(menyekutukan ALLAH)..dia masuk neraka kerana menyekutukan ALLAH..kerna mempersembahkan seekor lalat pada berhala.."
 

SESUNGGUHNYA KAU YANG LEBIH MENGEAHUI APA YANG TERBAEK..

                                                            Ku Mohon Pada Allah

Kita seringkali membisikkan rungutan dengan apa yang berlaku pada diri dan persekitaran kita. Kita seringkali tidak bersyukur dan redha dengan setiap apa yang kita miliki.
Sedarkah kita...
setiap apa yang berlaku itu adalah ketetapanNya..
...setiap apa yang berlaku itu.....adalah permintaan kita...
setiap apa yang berlaku itu ada hikmahnya...
sesungguhnya..hanya Dia maha mengetahui setiap apa yang terbaik buat kita

Ketika ku mohon pada Allah kekuatan,
Allah memberiku kesulitan agar aku kuat

Ketika ku mohon pada Allah kebijaksanaan,
Allah memberiku masalah untuk kupecahkan

Ketika ku mohon pada Allah kesejahteraan,
Allah memberiku akal untuk berpikir

Ketika ku mohon pada Allah keberanian,
Allah memberiku kondisi bahaya untuk kuatasi

Ketika ku mohon pada Allah sebuah cinta dan kasih,
Allah memberiku orang-orang untuk kukasihi dan sayangi

Ketika ku mohon pada Allah cinta
Allah memberi ku orang-orang bermasalah untuk ku tolong

Ketika ku mohon pada Allah bantuan,
Allah memberiku kesempatan.


Aku tak pernah menerima apa yang kupinta,
tapi aku menerima segala yang kuinginkan..
Do’a ku terjawab sudah...
Terima kasih Ya Allah, engkau sebaik-baik pengabul harapan.


"Dan sesungguhnya Kami yang telah menciptakan manusia dan mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya dan Kami lebih dekat daripada urat lehernya"
-Surah al-Qaaf (50):16


"...boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan Allah jualah yang mengetahui, sedang kamu tidak mengetahuinya"
-Surah al Baqarah (2):216

mampukah cintaku padaMU..

Tuhanku, Aku masih ingat, saat pertama dulu aku belajar mencintaiMu…
Lembar demi lembar kitab kupelajari…
Untai demi untai kata para ustaz kuresapi…
Tentang cinta para nabi.
Tentang kasih para sahabat.
Tentang mahabbah para sufi.
Tentang kerinduan para syuhada.
Lalu kutanam di jiwa dalam-dalam.
Kutumbuhkan dalam mimpi-mimpi dan idealisme yang mengawang di awan…


Tapi Ya Rabbi,
Berbilang detik, minit, jam, hari,bulan dan kemudian tahun berlalu…
Aku berusaha mencintaiMu dengan cinta yang paling utama, tapi…
Aku masih juga tak menemukan cinta tertinggi untukMu…
Aku makin merasakan gelisahku membadai…
Dalam cita yang mengawang.
Sedang kakiku mengambang, tiada menjejak bumi…
Hingga aku terhempas dalam jurang
Dan kegelapan…

Wahai Ilahi,
Kemudian berbilang detik, minit, jam, hari, bulan dan tahun berlalu…
Aku mencuba merangkak, menggapai permukaan bumi
dan menegakkan jiwaku kembali.
Menatap, memohon dan menghibaMu...

Allahu Rahiim, Ilaahi Rabbii,
Perkenankanlah aku mencintaiMu, Semampuku

Allahu Rahmaan, Ilaahi Rabii
Perkenankanlah aku mencintaiMu Sebolehku
Dengan segala kelemahanku.

Ya Ilaahi,
Aku tak sanggup mencintaiMu
Dengan kesabaran menanggung derita
Umpama Nabi Ayyub, Musa, Isa hingga Al Musthafa.
Kerana itu izinkan aku mencintaiMu
Melalui keluh kesah pengaduanku padaMu
Atas derita batin dan jasadku
Atas sakit dan ketakutanku.

Ya Rabbii,
Aku tak sanggup mencintaiMu seperti Abu Bakar,
yang menyedekahkan seluruh hartanya dan hanya meninggalkan Engkau dan RasulMu bagi diri dan keluarga.
Atau layaknya Umar yang menyerahkan separuh harta demi jihad.
Atau Uthman yang menyerahkan 1000 ekor kuda untuk syiarkan dinMu.
Izinkan aku mencintaiMu, melalui seringgit-dua yang terulur
pada tangan-tangan kecil di perempatan jalan,
pada wanita-wanita tua yang menadahkan tangan di tepi jambatan.
Pada makanan–makanan sederhana yang terkirim ke handai taulan.

Ya Ilaahi,
Aku tak sanggup mencintaiMu
Dengan khusyuknya solat salah seorang shahabat NabiMu hingga tiada terasa anak panah musuh menujah di kakinya.
Kerana itu Ya Allah,
perkenankanlah aku tertatih menggapai cintaMu,
dalam solat yang cuba kudirikan terbata-bata,
meski ingatan kadang melayang ke berbagai permasalahan dunia.

Ya Rabbii,
Aku tak dapat beribadah ala para sufi dan rahib,
yang membaktikan seluruh malamnya untuk bercinta denganMu.
Maka izinkanlah aku untuk mencintaimu dalam satu-dua rakaat lailku.
Dalam satu dua sunnah nafilahMu.
Dalam desah nafas kepasrahan tidurku.

Yaa Maha Rahmaan,
Aku tak sanggup mencintaiMu bagai para al hafidz dan hafidzah,
yang menuntaskan kalamMu dalam satu putaran malam.
Perkenankanlah aku mencintaiMu,
melalui selembar dua lembar tilawah harianku.
Lewat lantunan seayat dua ayat hafalanku.

Yaa Maha Rahiim,
Aku tak sanggup mencintaiMu semisal Sumayyah,
yang mempersembahkan jiwa demi tegaknya DinMu.
Seandai para syuhada, yang menjual dirinya dalam jihadnya bagiMu.
Maka perkenankanlah aku mencintaiMu dengan mempersembahkan sedikit bakti dan pengorbanan untuk dakwahMu.
Maka izinkanlah aku mencintaiMu dengan sedikit pengajaran bagi tumbuhnya generasi baru.

Allahu Kariim,
Aku tak sanggup mencintaiMu di atas segalanya,
bagai Ibrahim yang rela tinggalkan putra dan zaujahnya,
dan patuh mengorbankan pemuda biji matanya.
Maka izinkanlah aku mencintaiMu di dalam segalanya.
Izinkan aku mencintaiMu dengan mencintai keluargaku,
dengan mencintai sahabat-sahabatku,
dengan mencintai manusia dan alam semesta.

Allaahu Rahmaanurrahiim, Ilaahi Rabbii
Perkenankanlah aku mencintaiMu semampuku.
Agar cinta itu mengalun dalam jiwa.
Agar cinta ini mengalir di sepanjang nadiku.

pesanan buat si Dia..

 beritahu dia,cinta agung adalah cintaNYA..
cinta manusia bakal membuatnya alpa..
tolong nasihati dia jangan menyintaiku lebih dari dia menyintai yang Esa..
tolong ingati dia jangan mengingatiku lebih dari dia mengingati yang Esa..
tolong katakan pada si dia dahulukan ibu bapanya kerana di telapak itu syurganya..
tolong tegur si dia bila dia mula mengagungkan cinta manusia..
tolong tegur si dia andai nafsu mengawal fikirannya..
tolong sedarkan si dia aku milik Yang Maha Esa..
tolong sedarkan si dia aku masih milik keluarga..
tolong sabarkan si dia andai diri ini enggan dirapati kerana menjaga batasan cinta..
tolong pesan padanya aku tidak mahu menjadi fitnah besar kepadanya..
tolong pesan padanya,aku tak mahu menjadi punca kegagalannya..
tolong pesan padanya,aku membiarkan Yang Esa menjaganya dirinya..
tolong khabarkan si dia aku tidak mahu melekakan dia...
tolong khabarkan si dia jadilah penyokong kejayaanku..
tolong sampaikan pada dia aku dambakan cinta suci yang terjaga..
tolong sampaikan pada dia,cinta kerana Allah tidak ternilai harganya..
takkan kau rasai indahnya cinta andai tiada cinta buat yang Esa..
tolong sampaikan pada dia kerana aku tak mampu sampaikan sendiri..
Ya Allah.. Aku jatuh cinta!
Ya Allah Ya Tuhanku..telah datang seorang hamba mengetuk pintu hati ini..
sekiranya dia adalah jodohku yang terbaik,yang telah engkau tetapkan buatku sejak dari kandungan ibuku lagi..maka permudahkanlah urusanku...permudahkan urusan dia..permudahkan urusan kami berdua..
Ya Allah Ya Rahman,Ya Allah Ya Rahim..
Lindungilah iman ku Ya Allah..lindungilah iman dia Ya Allah..Lindungilah iman kami berdua..
aminn..Ya RabbaL Alaminn..
cinta sebenarnya tidak buta,cinta adalah sesuatu yg murni,luhur,dan diperlukan.Yang buta adalah apabila cinta menguasai dirimu tanpa suatu pertimbangan.CINTA,MENCINTAI atau DICINTAI adalah LUMRAH sifat KEJADIAN MANUSIA..hak untuk bercnta dan menerima bergantung kpd individu itu sendiri,pilihan adalah terpulang kpd kita,jika pilihan berlandaskan agama,pasti hasilnya diberkati,dan sekiranya berlandaskan nafsu,pasti terhumban ke lembah kehinaan..jgn tertarik dgn seseorg kerana parasnya,krn keelokan paras dpt menyesatkan;jgn pula krn kekayaan krn kekayaan dpt musnah;tertariklah kpd sesorg yg mampu membuatmu tersenyum,dan hanya senyuman dpt membuat hari2 yg gelap mencari cerah~~

mangkuk yang cantik,madu,dan sehelai rambut

Rasulullah s.a.w. dan sahabat-sahabatnya Abu Bakar r.a., Umar r.a., Uthman r.a., bertamu ke rumah Ali r.a. Di rumah Ali r.a., isterinya Saidatina Fathimah r.ha. puteri Rasulullah s.a.w. menghidangkan mereka madu yang diletakkan di dalam mangkuk yang cantik. Ketika semangkuk madu itu dihidang...kan, sehelai rambut terikut di dalam mangkuk itu. Rasulullah s.a.w. kemudian meminta kesemua sahabatnya untuk membuat suatu perbandingan terhadap ketiga-tiga benda tersebut (mangkuk yang cantik, madu, dan sehelai rambut).

Abu Bakar r.a. berkata, “Iman itu lebih cantik daripada mangkuk yang cantik ini. Orang yang beriman itu lebih manis daripada madu dan mempertahankan iman itu lebih susah daripada meniti sehelai rambut.”

Umar r.a. berkata, “Kerajaan itu lebih cantik daripada mangkuk yang cantik ini. Seorang raja itu lebih manis daripada madu, dan memerintah dengan adil itu lebih sulit daripada meniti sehelai rambut.”

Uthman r.a. berkata, “Ilmu itu lebih cantik daripada mangkuk yang cantik ini. Orang yang menuntut ilmu itu lebih manis daripada madu, dan beramal dengan ilmu yang dimiliki itu lebih sulit daripada meniti sehelai rambut.”

Ali r.a. berkata, “Tetamu itu lebih cantik daripada mangkuk yang cantik ini. Menjamu tetamu itu lebih manis daripada madu dan membuat tetamu senang hati sampai dia kembali ke rumahnya adalah lebih sulit daripada meniti sehelai rambut.”

Fatimah r.ha. berkata, “Seorang wanita itu lebih cantik daripada sebuah mangkuk yang cantik. Wanita yang berpurdah itu lebih manis daripada madu dan mendapatkan seorang wanita yang tak pernah dilihat orang lain kecuali mahramnya lebih sulit daripada meniti sehelai rambut.”

Rasulullah s.a.w. bersabda, “Seorang yang mendapat taufik untuk beramal adalah lebih cantik daripada mangkuk yang cantik ini. Beramal dengan amalan yang baik itu lebih manis daripada madu dan berbuat amal dengan ikhlas adalah lebih sulit daripada meniti sehelai rambut.”

Malaikat Jibril a.s. berkata, “Menegakkan sendi agama itu lebih cantik daripada sebuah mangkuk yang cantik. Menyerahkan diri; harta; dan waktu untuk usaha agama lebih manis daripada madu dan mempertahankan usaha agama sampai akhir hayat lebih sulit daripada meniti sehelai rambut.”

Allah s.w.t. berfirman, “Syurga-Ku lebih cantik daripada mangkuk yang cantik itu. Nikmat syurga-Ku lebih manis daripada madu dan jalan menuju syurga-Ku adalah lebih sulit daripada meniti sehelai rambut.”

Allahu Akbar..indahnya perbandingan2 ini..hasil dari perbandingan orang2 yang HEBAT dan yang MAHA HEBAT..