pesonaliti u'll pada jari jemari bile u'll pakai cincin..


hai..!!...mownink..!!..
cuace pagi nie memang sedap tok tido..tapi..mate chua' nie tak dapat nak tido..so..on9 kejap..hehehe..ha..!!..citer pasal cincin..teenager cam chua nie..memang suke pakai cincin..tak kire la lelaki ataw pempuan..tapi..setiap orang suke pakai cincin kat jari2 yang tertentu jew..ada yang suke pakai kat ibu jari,jari hantu..n kebiasaan nyer kat jari manis..n semua tu boleh menunjukkan pesonaliti u'll..



ibu jari
u'll gemar dengan care hidup moden and penampilan yang bergaye carlOw..ada je perkembangan trend terbaru..u'll mesti takkan lepaskan peluang tok mencube nyer..u'll gak suke dengan care hidup glamour and famous..jadi tak hairan lah mengapa u'll merupakan teman paling glamour di sekolah/office..wloupon begitu u'll sentiasa merendah diri walaupon kena puji..perwatakkan u'll yang peramah and ceria menjadikan u'll seorang yang disenangi ramai..

jari telunjuk
seorang yang mempunyai keyakinan diri yang tinggi dan sifat bertanggungjawab..berani berhadapan dengan tugas2 yang berisiko walaupon terpaksa melalui pelbagai cabaran..walaupon perwatakkan u'll nampak kasar tapi sebenarnya u'll nie berjiwa lembut orang nya..jenis pemaaf and kadang2 sensitif...

jari hantu
bagi siape yang suke pakai cincin kat jari tengah..u'll tergolong dalam kategori orang yang ego and sombong..di luaran nampak cool..tapi sebenarnya u'll masih berfikiran sempit and tak matang dalam menangani sesuatu perkara..adakale nyer bersikap degil dan pentingkan diri sendiri..

jari manis
seorang kekasih yang sangat romantis tapi sesiapa yang mendampinginya u'll perlu berhati2 ble u'll berjenaka dengan nyer..coz orang yang suke pakai cincin kat jari manis nie d katekan suke merajok tp kadang2 jer..tapi die amat disayangi member coz pandai menjaga hati orang lain..jujur..ikhlas..n suke merendah diri..

jari kelingking
seorang yang cukup sempurna untuk dijadikan member baik ataupun kekasih..dalam hal kerje juga u'll teliti and tak mudah melakukan kesilapan malah u'll juge sorang yang kuat berkerja..

so..nie la yang chua' dapat kongsi..tapi..kalau ada yang xbetul tu..normal la kan..nie juz tanggapan..pesoniliti u'll..u'll yang lebih tahu kan..tapi kalau betol tu..hehe..yang bek..kite kekal kn..yang burok..cube elakkan..
(^_~)

playing with nikon





selamat pagi..!!..

nak tahu tak???..
abah chu-a hadiahkn chu-a camera.

camera ap??..



nikon D3100

meh tengok gmbar-gambar yang chu-a ambik semalam..









budak baru belajar..
so gambar takde la cantik sangat..
tapi bole tahan lar..hahaha



sesi menjawab soalan dari anis neesa



selamat pagi sumer..!!
chu-a kena tag..!!
hehe..excited pulak....

budak comel yang dah tag chu-a
so let's start...


11 thing about me...

nakal..!..
seorang yang teramat lah pemalu sebenarnyer..
obses dengan barang-barang yang cute
in love with red,black and white
love my room very much..
suke sangat makan lolipop and coklat cadburry black forest ok..
love shopping ..!!
suke cube resepi baru..
suke makan epal merah...
suke tangkap gambar..
suke bunge rose putih


jawapan untuk soalan anis..

1. nickname yang family panggil dekat rumah SAHAJA
kak chu-a
2. girlish or boyish ?
50/50
3. favorite animal ?
kucing
4. handbag or purse ?
handbag..
5. apa korang buat bila tension ?
ambik kunci motor and lepak kat kedai mamak..
6. kedai mamak or restoran ?
kedai mamak...
7. apa jenama lappy or computer korang ?
apple
8. kerja gila yang paling gila korang pernah buat ?
menjerit kat shopping mall sebab moOd giler yang melampau
9. study seronok ke tak ?
seronok..love study..!!
10. masak or kemas rumah ?
masak..
11. best jadi blogger ?
best giler..!!







yang mane satu haiwan..yang mane satu manusia..???


assalamulaikum..!!

meh tengok jup..

-
-
-
-
-
tengOk yang nie pulak
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
apa pendapat korang??

kisah benar : suami yang menyesal


Assalamualaikum….


Kehadapan ustaz yg saya hormati…saya tidak tahu..di mana ingin saya mulakan bicara ini… tetapi saya mesti menceritakn kisah ini pada ustaz supaya hati saya tenang dan mungkin dapat meredakan rasa berdosa…saya selama ini…ustaz mungkin tidak kenal saya namun saya mengenali ustaz..tak mengapalah kalau ustaz tak kenal saya pun….

Ustaz saya merupakan seorang lelaki yang mempunyai memori kehidupan lampau yg cukup menyedihkan…harap ustaz tidak bosan mendengarnya….Saya merupakan seorang suami..kepada seorang isteri yg amat baik dan setia….namun ustaz ..saya tidak pernah menghargai kasih dan sayangnya yang dicurahkan kepada saya….kerana pada waktu itu …mata hati saya terlalu buta untuk membezakan yang mana kaca dan permata.

Ustaz saya telah berkahwin dengan seorang wanita yang pada asalnya tidak saya cintai….dia seorang yang sederhana pada segi paras rupanya….seorang yang tidak pandai bergaya …tetapi kuat pegangan agamanya…. bertudung labuh…bersopan santun.. baik budi bahasanya…. Untuk pengetahuan ustaz perkahwinan kami ini.. segala-galanya….diaturkan oleh keluarga dalam keadaan saya masih belum bersedia…

Ustaz terus terang saya katakan yang saya sudahpun mempunyai teman wanita yg jauh lebih cantik daripada isteri saya dan kami amat menyintai antara satu sama lain….cumanya saya akui teman wanita saya ini agak sosial sedikit dan tidak menutup aurat……Ustaz selepas berkahwin dengan isteri saya itu…jiwa saya menjadi kacau dan keliru…..saya amat marah kepada isteri saya…kerana pada anggapan saya kerana dialah saya tidak dapat bersama kekasih saya yg amat saya cintai itu.

Ustaz sepanjang kehidupan kami…saya selalu sahaja mencari jalan untuk menyakitkan hatinya…dengan harapan kami akan bercerai setelah dia tak tahan dengan kerenah saya….namun rupanya ustaz…isteri saya ini adalah wanita yang penyabar….pernah saya tidak balik ke rumah..dengan tujuan isteri saya akan membenci saya…tetapi selama mana lambat sekalipun saya balik ..dia akan tunggu saya dan bila saya masuk ke dalam rumah…dia menyambutnya dengan mesra dan bertanya: “Abang dah makan…?Nak saya panaskan lauk dan hidangkan makanan?”

Ustaz…pernah suatu hari saya menampar mukanya….apabila dia bertanya pada saya…”Abang dah solat?...abang tak pernah solat ke?.....Paannggg..!!satu tamparan kuat saya berikan di pipinya….perasaan geram..marah dan rasa terhina….bercampur ego yg menggila…Bengkak pipinya…dia menangis terisak-isak……saya ingatkan mungkin dia akan membenci saya..tetapi rupa-rupanya…..dia bersabar dan melayan saya sebagai suaminya.

Ustaz pernah suatu hari…dia ingin bermanja dengan saya…..membawa sepinggan nasi goreng yang digoreng…untuk saya …pada masa itu saya sedang berbual mesra dengan kekasih saya di dalam handphone……ketika dia ingin menyuapkan nasi kemulut saya….saya tolak pinggan …sehingga jatuh berkecai bersama nasi goreng yang digoreng khas untuk saya…..dengan linangan air mata….dia mengutip setiap butiran nasi goreng yang berhamburan ke lantai…

Ustaz saya bertambah lupa daratan…saya habiskan masa berhibur dan berlibur dengan kawan-kawan di luar..dengan harapan isteri saya akan lebih sakit hati dan meninggalkan saya rupanya dia tetap tabah dan bersabar…..pernah juga saya menendang badannya kerana dia menasihati saya supaya tidak mencari hiburan dengan jalan yang dimurkai Allah.

Ustaz….pernah suatu ketika apabila keluarganya datang bertanyakan khabar dia kata dia amat bahagia bersama saya…tapi sebenarnya hanya saya yang tahu dia berbohong.

Ustaz suatu hari saya telah diberikan balasan oleh Allah…dan saya kira itu adalah balasan…apabila saya terlibat dengan kemalangan….tulang paha saya patah dan dan sememangnya saya tidak berdaya utk bangun….hampir lima bulan saya terbaring tidak berdaya….ketika itulah isteri saya menjaga saya dengan setia sekali…..berak kencing saya… dia tadahkan… dia basuhkan tanpa ada rungutan atau perasaan genyi mahupun geli ….dialah yang memandikan saya…menggosok badan saya dan memakaikan pakaian utk saya….bila saya mengerang sakit kerana kaki yang bengkak di tengah malam…berdenyut-denyut sakitnya…dialah yang bangun …..dalam keadaan mengantuk dan terhoyong hayang kerana tidak cukup tidur..dia datang kepada saya dan menyapukan ubat krim dan memberi saya ubat penahan sakit…sehingga saya rasa lega dan tertidur….tetapi isteri saya tidak tidur hingga ke pagi…….risau saya mengerang kesakitan lagi.

Ustaz isteri sayalah yang menyuapkan saya makan…dia sendiri tidak akan makan…melainkan setelah saya kenyang….dia akan membuatkan makanan dan minuman mengikut kehendak dan selera saya
Bila saya kenangkan kembali….sewaktu saya terlantar sakit tiada siapa pun dari teman-teman yang setia berjoli dengan saya dahulu… datang menghulurkan bantuan apatah lagi melawat…kekasih saya..lagi lah..apabila dapat tahu saya kemalangan dan tidak boleh bangun…dia tidak mahu lagi..menghubungi saya malah meminta hubungan kami diputuskan..kononnya saya suami orang..huh..sekarang baru dia kata saya suami orang..dulu….dialah yang menghasut dan memberikan harapan pada saya untuk membenci isteri saya... ketika itu barulah saya sedar betapa besarnya kesilapan dan dosa yang telah saya lakukan...Ustaz…..saya …kasar..kejam dan zalim kepada isteri yg menyayangi saya….besarnya dosa saya…..amat menyesal rasanya.

Ustaz….ketika saya boleh berjalan ..sedikit demi sedikit…dan saya beransur pulih….isteri saya jatuh sakit…..badannya menjadi kurus kering….tiada selera makan…terbaring..tak bermaya…..kata doktor yang merawatnya….isteri saya jadi begitu kerana terlalu letih dan susah hati….hati saya menjadi sebak..kerana saya tahu sayalah puncanya….

Ustaz kesihatan isteri saya makin teruk…..mukanya makin pucat….tetapi dia tetap senyum….saya menangis sepuas-puasnya memohon ampun dan maaf di atas kejahatan yg pernah saya lakukan terhadapnya….dia hanya tenang dan menjawab dia telah lama maafkan saya….”Abang saya dah lama maafkan abang…saya sayangkan abang”……berderai airmata saya hancur hati saya….pilu bercampur sebak yang amat sangat…diikuti dengan perasaan menyesal.

Ustaz selepas itu isteri saya di masukkan ke dalam wad kecemasan…..saya menjaganya setiap hari….saya belai rambutnya saya kucup dahinya…sambil airmata ini tidak berhenti—henti mengalir…”Jangan menangis bang….bukan salah abang…..mungkin saya ni yang tidak pandai mengambil hati abang…”Berdentum….seolah-olah hati saya disambar halilintar…saya menangis lagi….sehingga keluarga yang datang melawat terpaksa menenangkan saya…..malah ada yang memuji saya ….kerana beranggapan saya suami yang amat menyayangi isteri…..ternyata pujian itu bagaikan sumpahan utk saya.
Ustaz…..isteri saya ada berkata…dia meminta maaf kerana tidak dapat melahirkan zuriat untuk saya..kerana masanya utk menghadap ilahi semakin hampir….saya meraung….merayu kepadanya agar tidak meninggalkan saya…tapi katanya…setiap yang hidup pasti akan mati…dan dia meminta saya menjaga diri baik-baik….kerana dia tidak boleh lagi menjaga saya….ustaz..saya menangis …sehingga saya menjadi lemah….apabila dia mengucapkan kata kata terakhir itu.

Ustaz…tepat jam 3.00 ptg…setelah dua minggu berada di hospital…isteri saya telah pergi meninggalkan saya selama-lamanya….dengan bebanan dosa dan jutaan kesalan yang menerjah hati ini…saya meraung semahu-mahunya….menyesal di atas kekasaran yg pernah saya lakukan.

Ustaz jiwa saya tak tenteram…apakah Allah akan mengampunkan dosa saya ini…..apakah kekasaran dan kejahatan serta layanan buruk saya kepada isteri ….akan diampunkan Allah….tolonglah ustaz saya amat menderita…..jiwa saya terseksa…..mungkin ini hukuman yang patut saya terima.
Masih terngiang di telinga saya pesanan akhir isteri saya..”abang…jagalah diri baik-baik….jangan lupa tunaikan solat….berbuat baik… takutlah kepada Allah….dan jika bertemu dengan insan bernama isteri….jangan berkasar dengannya sayangilah dirinya.”

Ustaz sebelum isteri saya menghembuskan nafas terakhir…dia ada meninggalkan satu nota dan sebuah lagu untuk saya dengar dan hayati….lagu itu adalah harapan yang dia impikan dari saya tetapi tidak sempat dia nikmati….kasih sayang yang terkandung dalam lagu itu…dia harapakan dari saya….Di dalam nota itu dia menulis “Abang..dengarlah lagu ini dan ingatlah saya selalu…Dahulu...saya senantiasa menanti abang pulang ke rumah…Saya teringin sangat nak makan bersama abang…..mendengar cerita abang….menyambut abang pulang dari kerja….bergurau dan bermanja dengan abang…..memeluk abang ketika tidur…..tetapi semuanya mungkin tidak sempat bagi saya…jaga diri…..sayang abang….selamanya.

Ustaz ….saya harap ustaz tak marah saya meluahkan perasaan begini panjang pada ustaz….kerana inilah pesan isteri saya sekiranya saya merasa terlalu sedih…ceritakanlah pada ustaz dia tahulah apa nak buat utk tenangkan abang……Ustaz….saya harap cerita saya ini dijadikan teladan bagi mereeka yg bergelar suami….sayangilah isteri anda….selama mana anda berpeluang utk berbuat begitu…janganlah terjerumus dengan kesilapan yg saya lakukan…pasti anda akan menyesal tak sudah…..
Terima kasih ustaz….doakan saya…….



Sedih dan sebak bila baca luahan perasaan hamba Allah ini….memang saya banyak beri ceramah motivasi dan mendengar banyak masalah masyarakat yg dihantar pada saya dan inilah yang paling sedih.yg pernah saya baca… tambahan pula lagu yg telah ditujukan isterinya itu bila dengar bertambah sebak…..dengarkanlah senikatanya…….tapi tak boleh upload lagu tu dibawah copyright....tajuknya now and forever...
by richard mar

{citer nie chu-a dapat kat fB so kredit for jannati baiti and maya zara..sebab izinkan chu-a ambik citer nie......moga ALLAH bagi rahmat dan tempatkan die bersama orang-orang yang soleh atas pengorbanan die untuk suami die..pesanan terakhir..hargailah pasangan anda..sesungguhnya ALLAH telah tetapkan yang terbaik untuk kita..}





lawak solat jumaat

   

pada suatu hari jumaat yang hening Abu naik bas ke masjid untuk menunaikan sembahyang jumaat..

mak Abu memberikan seringgit untuk tambang bas pergi dan balik memandangkan Abu dah pun makan tengahari di rumah..adapun perjalanan ke masjid itu 10km..

Abu pown membayar tambang bas 50sen kepada kondukter yang handsome itu..lalu kondukter itu pown memulangkan baki wang nya dengan duit syiling 50sen sekeping..Abu pown ambil duit itu simpan dalam poket baju melayunya..

sesampainya di masjid..Abu pown mengambil tempat di saf kedua memandangkan saf pertama sudah pown penuh..

setelah azan berkumandang..pak imam pown mengimamkan solat jumaat..

Abu pown menunaikan sembahyang berjemaah itu......
semasa para jemaah rukuk termasuk Abu sekali....
tiba-tiba duit 50sen nya terjatuh dan tergolek betul-betul jatuh di bawah telapak tangan orang di hadapannya..risau bila pikir nak jalan kaki balik rumah di panas-panas terik tu..Abu pun berbisik kepada orang di hadapannya...

Abu :
"jangan ambik duit aku tu..aku nak buat tambang balik nanti.."

lalu orang itu pun menjawab..
"Alah..setakat 50sen aku tak heran lah..takde saper nak ambik duit ko tu..."

lalu orang disebelah Abu pula yang terkejut kerana Abu bercakap di dalam sembahyang pun berkata
"eh..korang nie..dalam sembahyang mane boleh bercakap.."

selepas itu ada seorang yang lain pula bersuara 
"yang ko bercakap tu ape??.."

sahlah..sembahyang mereka telah terbatal hanya kerana 50sen..

MORALNYA : jangan bercakap dalam sembahyang..lupakan hal-hal dunia bila menghadap ALLAH yang Maha Esa..




kisah 3 pontianak



Maka tersebutlah kisah perihal 3 ekor pontianak..masing-masing nak tunjuk siapa paling terer..mereka pun mengadakan sebuah pertandingan tunjuk siapa paling terer..pontianak yang paling muda diberi kesempatan untuk memulakan pertandingan..lalu dia pun terbang sepantas kilat..tak sampai 2 minit dah balik..mukanya penuh dengan lumuran darah dan menyeramkan..

terus dia berkata :
"korang nampak kampung kat seberang bukit tu??
yang dua ekor pontianak tu angguk..
"iya..nampak.."
"satu kampung tu..habiisss aku kerjakan..!!.."
angin jugak dua ekor pontianak tu dengar keangkuhan pontianak muda..kini giliran pontianak yang setengah abad tu pulak..dia pun pergi sepantas kilat jugak..tak sampai satu minit dah balik..mukanya juga penuh dengan cucuran darah..

"korang nampak bandar tu??.."
katanya dengan muke yang kerek..
"iya..nampak.."..
yang dua ekor tu angguk jugak..
"satu bandar tu juga habbiissss...!!.."
kata pontianak yang setengah abad sambil ketawa seram..hahahahhahahaha...

pontianak yang satu lagi tambah panas..dia pun nak show off jugak..dia pun tunjuk skill terbang cam kilat..amat lah terperanjat nyer dua sahabatnya..sebab tak sampai setengah minit dia dah balik..dengan penuh bercucuran darah di mukanya...

lalu pontianak yang dua ekor itu berkata
"giler ahh..dia ni tak sempat aku duduk dia dah balik..memang dia yang paling power.."
sambil menggosok-gosok idong nya pontianak yang ke-3 itu berkata
"korang nampak tembok batu tu??"

"nampak..nampak...!!.." kata yang dua ekor tu..

"Errr,,,aku tadi tak nampak..."..




lawak orang gaji

seorang suami telefon ke rumah nya ketika outstation..dan kebetulan yang menjawab panggilan telefon adalah seorang orang gaji..
suami..:..hello..selamat petang...
ogr gaji..:..selamat petang..ye encik..boleh saya tolong??
suami..:..siapa nie??
org gaji..:..saya orang gaji kat sini..
suami..:..baru kew??..sebelum nie saya tak pernah gune orang gaji..

org gaji..:..saya baru kerja hari nie..
suami..:..owh yekew??..puan ada kat rumah tak??
org gaji..:ada encik..puan tengah tido..encik nie siapa??
suami..:..saya suaminya..
orang gaji..:..larh..sekarang puan tidur dengan sape pulak nie??
suami..:..apa??..ada laki lain tidur dengan puan ke??
org gaji..:..ya encik..
suami..:..tak gune..!!(sambil menyumpah seranah)..eh,..engkau boleh tolong tak??..nanti saya bagi upah RM1 juta..
org gaji..:..boleh..apa yang boleh saya tolong??
suami..:..masuk ke bilik kerje saya..ambil pistol dalam laci pastu tembak mereka berdua..
org gaji..:..saya tembak puan dengan laki tu ke encik??
suami..:..ya..
org gaji..:..(termenung)..
suami..:..macam mana??..boleh tak??..kalau tidak saya tambahkan RM1 juta lagi..
org gaji..:..baik encik..!..saya lakukan sekarang..
suami..:..cepat..!..saya tunggu..!

orang gaji itu kemudian ambil pistol dan..bang!bang!bang!...

org gaji..:..sudah encik..
suami..;..bagus!..sekarang tutup hal nie..engkau buang pistol dalam kolam renang..
org gaji..:..kolam renang yang mane??..
suami..:..yang di belakang rumah..
org gaji..:..takde encik..di belakang rumah nie takde kolam renang..
suami..:..yekew??!..
org gaji..:..iya dOng..
suami..:..ini kan nombor 5097600
org gaji..;..bukan encik..sini 5907600
suami..:..owh..sorry..salah number..

sabar jela kan...moral citer nie..jangan bertindak sebarangan..tak pasal2..free2 ken BUNUH..hahahhaahhaha...

lawak lembu jantan


sepasang suami isteri telah pergi melawat ke satu ladang lembu dan mereka berhenti di setiap kandang tempat lembu-lembu membiak..

mereka sampai di kandang yang pertama dan ada satu papan tanda yang diletakkan dan menyatakan

LEMBU JANTAN INI TELAH MENGAWAN SEBANYAK 50 KALI TAHUN LEPAS

isterinya secara jenaka mencuit si suami dan dalam senyum berkata..
"Dia mengawan 50 kali tahun lepas.."

mereka kemudian pergi ke kandang yang kedua yang ada papan tanda berikut :

LEMBU JANTAN INI TELAH MENGAWAN SEBANYAK 150 KALI TAHUN LEPAS

sekali lagi isteri mencuit suaminya dan berkata..
"WOW!!..itu dah lebih dari dua kali seminggu..!!..abang boleh belajar banyak dari dia.."

mereka berjalan pula ke kandang seterusnya dan di situ ada papan tanda dalam huruf besar menyatakan

LEMBU JANTAN INI TELAH MENGAWAN SEBANYAK 365 KALI TAHUN LEPAS

si isteri menjadi girang dan mencuit suaminya dengan kuat dan berkata..
"itu bermakna sekali setiap hari..abang memang boleh belajar banyak dari lembu jantan ini.."

si suami memandang isterinya dan berkata kepadanya 
"awak pergi tanya lembu jantan tu..selama 365 hari tu..adakah dengan LEMBU BETINA TUA YANG SAMA KE..??.."




lawak datuk dan nenek


Sepasang orang tua datang ke mc Donald dengan saling berpegangan tangan..mereka duduk di sebuah bangku panjang berdua, disamping seorang anak muda..

si datuk segera berdiri dan memesan makanan..sebiji hamburger, satu paket kentang goreng dan segelas minuman..

setelah mendapat makanan datuk duduk di sebelah nenek..membahagi hamburger menjadi dua bahagian..menghitung kentang goreng dengan cermat dan membagi adil dengan nenek..kemudian mengambil dua straw minuman dan menaruh gelas minuman tepat di tengah meja..

si anak muda memerhatikan tingkah sepasang datuk-nenek itu dengan penuh minat..si datuk mulai memakan bahagiannya..sementara si nenek hanya memperhatikan..si anak muda berasa kasihan..akhirnya merapati pasangan tersebut dan berkata
"Tok..boleh saya belikan makanan yang lain??.."

si datuk menjawab..
"tak payah..terima kasih..kami memang selalu berkongsi makanan yang sama.."

sampai si datuk selesai makan..mengelap mulutnya dengan tisu..si nenek masih sahaja menunggu tanpa menyentuh makanan bahagiannya..

si anak muda mendekati lagi..kali ini dia berkata..
"nek..boleh saya belikan makanan yang lain..mungkin nenek tidak suka yang ini..??.."

si nenek menjawab..
"tidak..terima kasih.."

terus si anak muda bertanya lagi..
"kalau begitu kenapa makanan nenek tidak dimakan,..kan nenek dan datuk suka berkongsi..??.."

kata si nenek..
"nenek sedang menunggu gigi..giliran nenek selepas datuk.."




lawak ayat bahasa english


Ali pergi interview kerja sebagai setiausaha. Bila pengurus nampak dia dengan pakaian yang tak kena konsep dan juga rambut yang berwarna belang putih dan emas..dalam hatinya mula membentak ; "Arghh..!..orang macam ni pown ada..! "

tapi apa-apa pun dia kena interview juga si Ali nie..jadi dia pun tanya lah Ali 
"kalau awak dapat buat ayat dalam bahasa english dengan menggunakan perkataan yang saya bagi , saya rasa awak ada peluang umtuk kerja ni ..perkataan-perkataan nya ialah GREEN, PINK, YELLOW, BLUE, WHITE, PURPLE dan BLACK.."

jadi Ali pun berfikir sejenak dan kemudian menjawab....
" I hear the phone GREEN..GREEN..GREEN....., then I go and PINK up the phone, I say YELLOW..BLUE's that..??..WHITE did you say??..Aiya..!!..wrong number la..don't PURPLEly disturb people and don't call BLACK, ok..??..thank you..."

lepas tu pengurus tu terus pengsan...




akademi fantasia punye pasal...!

situasi
AKAD NIKAH

Di sebuah majlis akad nikah..pengantin lelaki bernama Hassan..

Tok kadi : Hassan..

pengantin lelaki : saya ustaz..
Tok kadi : "aku nikahkan akan dikau dengan normah binti ali dengan mas kahwinnya RM80 tunai.."

pengantin lelaki : "aku terima nikahnya normah binti ali dengan mas kahwinnya RM80 tunai.."

Tok kadi : sah? (ditanya kepada saksi pertama)

saksi pertama : sah..

Tok kadi : sah? (ditanya kepada saksi kedua)

saksi kedua : sah..

Tok kadi : sah?(ditanya kepada saksi ketiga)

saksi ketiga : errr..lontaran suara awak tidak jelas..saya tak dengar apa yang awak cakap..pitching berterabur ke laut..jiwa awak kosong..takde feel..low note tak sampai..high note awak takde kawalan..sepatutnya ditahan..falseto lemah..

P/S : KINI SEMUA INGIN MENJADI PENGKRITIK..

 




contest gadis berpurdah by cik tomato

assalamualaikum semua..!!

sebenarnya hari ini chu-a dah tak ada idea nak post apa kat blog chu-a yang comel nie..
and suddenly chu-a jumpe satu contest yang buat chu-a tertarik..
sebelum nie chu-a tak pernah ikut apa-apa contest 
so nie first time la..

nak tahu contest ap??




yupz..!!
nie dia contest yang buat chu-a terpanggil-panggil untuk join..
kalau korang nak join..just klik kat banner kat atas tu and then..follow the step..
DONE ~

ok..
gambar yang chu-a pertaruhkan untuk contest nie
IALAH..
-
-
-
-
-
-
-
bace bismillah dulu ea..
and tarik nafas dalam-dalam..
and hembus...
(apa aku merepek nie)
ok3..
-
-
-
-
-
-
-
-
-
simple je kan..hehe..
kalau menang..alhamdulillah..
kalau kalah pown chu-a redho jer..
tapi mengharap untuk menang..insyaALLAH...

sesi tok tag member blogger..!
and jgn lupe join sekali contest nie erk...


nak tahu tak apa hadiah yang cik tomato tawarkan...

1st - 2 Helai Shawl + 2 Brooch
2nd - 1 Helai Shawl + 1 Brooch .
3rd - 1 Brooch + Pin's + Domo handphone case
Saguhati - 4x Topup RM 5.00 

contest nie akan tamat tempoh pada....
3 november 2011

apa tunggu lagi..
jowm..!!



20 jenis orang yang dibenci iblis..!

  • Rasulullah S.A.W
  • orang yang beramal dengan ilmunya
  • orang yang mengamalkan isi ajaran Al-Quran
  • muazin
  • orang yang mengasihi anak yatim dan orang miskin
  • orang yang penyayang
  • orang yang tunduk pada kebenaran
  • orang yang taat perintah ALLAH
  • orang yang menjaga makannya (halal)
  • orang yang berkasih sayang kerana ALLAH
  • orang yang suka bersolat berjemaah
  • orang yang suka solat tahajjud
  • orang yang menjaga dirinya dari yang haram
  • orang yang menasihati saudaranya dengan ikhlas
  • orang yang sentiasa mengekalkan wuduk
  • orang yang bermurah hati
  • orang yang berakhlak baik
  • orang yang yakin rezekinya dan jaminan ALLAH
  • orang yang berbuat baik terhadap janda
  • orang yang bersedia terhadap suami





tanpamu ku terlewat..


ASSALAMUALAIKUM..!!
(tak jawab dosa..baik jawab cepat)

apa yang boleh chua katekan....

"KEBOSANAN MELANDA"

tak tipu..
chua bosan sangat hari ini...
bukan setakat harini jew..
semalam..semalam..semalam and semalam lagi..
so..
kira la berapa malam..
(^__~)

tak tahu nak post ap..
bagi idea??
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-


HA..!!

chua ada benda nak share dengan u'll..
nak tahu apa...
semalam chua bagon awal taw..
(selalu bangun akhir la tu..=P) 
chua pergi dapur..buat air nescafe panas satu..!
tibe-tibe terdengar sayu suara merdu sorang mamat nie...
nak tahu siapa??

AMIR JAUHARI

jom..kite dengar lagu dia kejap...

 
amacam..bez tak..
bagi chua bez..
maybe sebab lagu die nampak soft jew...

korang rase macam mane??