hati yang baru..


Tukar kepada Hati Yang Baru. Jika tidak…

“Hati awak da rosak. Kita perlu lakukan ...pembedahan hati, awak hanya ada masa satu (1) bulan untuk mencari hati yang baru. Jika tidak..” Kata seorang doktor. Belumpun sempat doktor menyambung, si pemuda ini mencelah,

” Jika tidak apa doktor??” Pemuda tersebut bertanya dengan nada yang agak terkejut.


Doktor yang berkaca mata itu menarik nafas panjang. Matanya tepat ke arah pesakitnya. Rasa tidak sanggup untuk dia memberitahu pesakitnya itu. Tetapi, memberitahu sesuatu yang benar adalah satu kewajiban baginya sekalipun ianya pahit. Itulah tugasnya. Itulah yang perlu dihadapinya sebagai seorang doktor. Bukannya tidak pernah dia mengalami situasi seperti itu, tetapi inilah yang paling sukar baginya. Dia memejamkan matanya sebentar. Mencari kekuatan untuk memaklumkan berita sedih itu kepada pesakitnya.

“Doktor?? Jika tidak kenapa doktor? Saya akan mati? Tanya pemuda tersebut seolah-olah dapat menjangkakan jawapan doktor tersebut.

Doktor merenung tepat ke arah pesakitnya sambil menggelengkan kepalanya.
“Tidak..” Jawabnya pendek.
“So?” Tanya si pemuda tersebut.

Doktor tersebut memberikan ‘personal touch‘ dengan menepuk-nepuk bahu si pemuda tersebut untuk meredakan hati pesakitnya itu.

“Awak akan menjadi lebih teruk daripada sekarang ini.”Doktor tersebut memberikan jawapannya.

“Maksud doktor??” Tanya si pemuda itu.

Dia hanya bertubuh sederhana. Berbaju T-Shirt dan berseluar jeans. Sebelum ini, dia kerap merasa tidak tenang. Jantungnya kadang kala laju mengepam. Seolah olah adrenal medulla di dalam tubuhnya kerap merembeskan adrenalin. Kerap terjaga di dalam tidurnya. Hatinya seringkali berasa gelisah dengan tidak semena – mena. Hampir setahun dia menghidap penyakit itu. Walaupun reaksinya agak ceria namun tidak pernah dia menceritakan derita yang ditanggungnya kepada keluarganya. Seminggu sebelum ini, penyakitnya semakin menjadi – jadi. Gelisah dan tidak tenang. Hari ini, dia nekad bertemu dengan seorang doktor dengan harapan doktor tersebut dapat membantu sakit yang dihidapinya.

“Lebih teruk? Bagaimana itu doktor?” Pemuda tersebut bertanya.

“Beginilah, dua tiga hari ini awak sahajalah yang dapat mengubatkan hati awak. Jika tidak dapat juga, awak kena ganti hati yang baru. Buat masa ini, saya hanya mampu memberikan kepada awak buku panduan ini, awak baca dan cari sendiri”

Doktor tersebut memberikan buku tersebut kepada pesakitnya. Dia mengambilnya dengan terpinga-pinga dan perlahan lahan membuka sinopsis buku tersebut yang bertajuk …

“Rahsia ketidaktenangan hati dan obatnya”


Hati kita sering terbeli oleh orang yang berbuat baik kepada kita Itulah chinta.. chinta yang mebuat kita ringan berbuat dan bahkan berkorban kita chinta kepada oran tua yang banyak memberi kebaikan kita pun chinta kepada siapa sahaja yang membuatkan kita mendapat nikmat kebaikan. Tetapi sesungguhnya semua sumber kebaikan semuanya daripada Allah, sedangkan makhluk adalah jalan nikmat yang dia berikan kepada kita. Oleh jikalau itu, jika kita ingin menumpahkan cinta, cinta sejati kita ialah chinta kpd sumber kebaikan, sumber kebahagiaan. Dialah Allah, yang Maha Pechinta dan yang layak dichintai..

Airmatanya bercucuran jatuh dengan tidak semena-mena apabila membaca kata-kata yang terdapat di dalam buku tersebut.

“Terima kasih doktor, terima kasih, saya faham maksud doktor” Kata pemuda tersebut sambil memeluk erat doktornya. Doktor tersebut lantas menyampaikan amanatnya,

“Saudaraku, Abdullah Ibn Mas’ud pernah berkata:


Bawalah hatimu mengunjungi tiga (3) tempat. Pertama ke tempat orang yang membaca Al Quran tidak kira sama ada kamu mengikutnya membaca atau kamu sekadar mendengarnya. Kedua kamu menghadiri majlis ilmu yang mengingatkan kamu kepada Allah. Ketiga, kamu mencari satu waktu yang sunyi, contohnya pada waktu malam dan ketika itu kamu bangun melaksanakan ibadat kepada Allah serta memohon kepada-Nya agar diberikan ketenangan dan kedamaian hati. Jika selepas melakukan itu jiwamu masih tidak tenteram, mintalah kepada Allah agar digantikan hatimu yang baru kerana sesungguhnya hati yang kamu miliki sekarang ini bukan hatimu.

Jika kamu gagal mengubatinya, kamu masih ada satu bulan Ramadhan untuk mengubatinya” Kata doktor itu lagi sambil tersenyum. ...

No comments:

Post a Comment