lawak solat jumaat

   

pada suatu hari jumaat yang hening Abu naik bas ke masjid untuk menunaikan sembahyang jumaat..

mak Abu memberikan seringgit untuk tambang bas pergi dan balik memandangkan Abu dah pun makan tengahari di rumah..adapun perjalanan ke masjid itu 10km..

Abu pown membayar tambang bas 50sen kepada kondukter yang handsome itu..lalu kondukter itu pown memulangkan baki wang nya dengan duit syiling 50sen sekeping..Abu pown ambil duit itu simpan dalam poket baju melayunya..

sesampainya di masjid..Abu pown mengambil tempat di saf kedua memandangkan saf pertama sudah pown penuh..

setelah azan berkumandang..pak imam pown mengimamkan solat jumaat..

Abu pown menunaikan sembahyang berjemaah itu......
semasa para jemaah rukuk termasuk Abu sekali....
tiba-tiba duit 50sen nya terjatuh dan tergolek betul-betul jatuh di bawah telapak tangan orang di hadapannya..risau bila pikir nak jalan kaki balik rumah di panas-panas terik tu..Abu pun berbisik kepada orang di hadapannya...

Abu :
"jangan ambik duit aku tu..aku nak buat tambang balik nanti.."

lalu orang itu pun menjawab..
"Alah..setakat 50sen aku tak heran lah..takde saper nak ambik duit ko tu..."

lalu orang disebelah Abu pula yang terkejut kerana Abu bercakap di dalam sembahyang pun berkata
"eh..korang nie..dalam sembahyang mane boleh bercakap.."

selepas itu ada seorang yang lain pula bersuara 
"yang ko bercakap tu ape??.."

sahlah..sembahyang mereka telah terbatal hanya kerana 50sen..

MORALNYA : jangan bercakap dalam sembahyang..lupakan hal-hal dunia bila menghadap ALLAH yang Maha Esa..




2 comments:

  1. hahaha.tak pasal pasal dah batal solat jumaat

    ReplyDelete
  2. actually mase imam dah naik MIMBAR dah tak boleh cakap pape pun...walau pun DIAM!!




    JOM singgah blog saya nak...Smart fon pun dah takberapa nak smart la awk...kenape?

    ReplyDelete