lawak datuk dan nenek


Sepasang orang tua datang ke mc Donald dengan saling berpegangan tangan..mereka duduk di sebuah bangku panjang berdua, disamping seorang anak muda..

si datuk segera berdiri dan memesan makanan..sebiji hamburger, satu paket kentang goreng dan segelas minuman..

setelah mendapat makanan datuk duduk di sebelah nenek..membahagi hamburger menjadi dua bahagian..menghitung kentang goreng dengan cermat dan membagi adil dengan nenek..kemudian mengambil dua straw minuman dan menaruh gelas minuman tepat di tengah meja..

si anak muda memerhatikan tingkah sepasang datuk-nenek itu dengan penuh minat..si datuk mulai memakan bahagiannya..sementara si nenek hanya memperhatikan..si anak muda berasa kasihan..akhirnya merapati pasangan tersebut dan berkata
"Tok..boleh saya belikan makanan yang lain??.."

si datuk menjawab..
"tak payah..terima kasih..kami memang selalu berkongsi makanan yang sama.."

sampai si datuk selesai makan..mengelap mulutnya dengan tisu..si nenek masih sahaja menunggu tanpa menyentuh makanan bahagiannya..

si anak muda mendekati lagi..kali ini dia berkata..
"nek..boleh saya belikan makanan yang lain..mungkin nenek tidak suka yang ini..??.."

si nenek menjawab..
"tidak..terima kasih.."

terus si anak muda bertanya lagi..
"kalau begitu kenapa makanan nenek tidak dimakan,..kan nenek dan datuk suka berkongsi..??.."

kata si nenek..
"nenek sedang menunggu gigi..giliran nenek selepas datuk.."




No comments:

Post a Comment