masuk syurga dan masuk neraka kerna seekor lalat..

     Imam thariQ bin Syihab pernah berkata dalam majlis pengajiannya.."ada orang yang masuk syurga kerana seekor lalat dan ada pula yang masuk neraka kerana seekor lalat.."
       
       kaum muslimin yang hadir dalam pengajian itu terperanjat apabila terdengar perkataan Imam ThariQ bin syihab yang tak masuk akal itu..mereka ternyata hairan..
  
      "Bagaimana hal itu boleh terjadi?.."..tanya mereka serentak..


      lalu Imam ThariQ menceritakan sebuah kisah menarik..


    "Ada dua orang pengembara..Pada suatu hari..mereka memasuki sebuah daerah yang didiami oleh satu kaum yang menyembah berhala..kaum itu memiliki berhala yang di sembah dan di keramat..orang yang melewati daerah mereka harus memberi korban sebagai persembahan untuk berhala itu..Jika tidak,mereka tidak dibenarkan keluar hidup-hidup dari daerah itu..
     Dua orang itu turut mengalami masalah yang sama..mereka mesti memberikan persembahan pada patung berhala..lelaki yang pertama sangat takut pada kematian..oleh kerana tidak memiliki apa-apa..akhirnya dia menangkap seekor lalat untuk dipersembahkan pada berhala itu..
     Lelaki yang kedua pula tetap teguh memegang akidahnya..Dia tidak mahu berkorban untuk berhala itu,meskipun dengan seekor lalat..Dia memilih untuk taat pada ajaran agamanya..Berkorban hanya boleh dilakukan jika sesuai dengan syariat..iaitu korban Aidil Adha yang dilakukan ikhlas kerana Allah Ta'ala..
     Memberi persembahan untuk berhala meskipun hanya dengan seekor lalat adalah perbuatan menyekutukan ALLAH..itu adalah dosa yang paling besar..keenganannya menyebabkan dia dibunuh..lelaki itu mati syahid mempertahankan akidahnya dan masuk syurga..
      Adapun lelaki yang satunya,akhirnya meneruskan perjalanan..namun begitu,malang menimpanya..baru sahaja dia berjalan beberapa puluh langkah..dia dipatuk ular berbisa di tengah padang pasir dan akhirnya menhembus nafasnya yang terakhir..
     Namun dia mati dalam keadaan musyrik(menyekutukan ALLAH)..dia masuk neraka kerana menyekutukan ALLAH..kerna mempersembahkan seekor lalat pada berhala.."
 

No comments:

Post a Comment