juJur iTu sYurgA..(part 2)

             Setelah masuk ke dalam masjid..Amin mendengar seorang jemaah haji berpakaian ihram berteriak dengan suara yang lantang.."Wahai hamba ALLAH sekalian...!..wahai jemaah haji..!..wahai para tetamu ALLAH..!..adakah ada di antara kalian yang menemui bungkusan hijau milikku..??.."
           
             Amin mendekatinya lalu bertanya kepada orang yang berteriak itu.."Adakah engkau tahu apakah isi bungkusan itu..tuan haji..?.."
             "Ya..aku tahu..di dalam bunkusan hijau itu berisi wang seratus lima puluh dinar.."jawab lelaki itu..
mendengar jawapan itu..Amin yakin bahawa tuan haji adalah pemilik bungkusan itu..

            Dia mengeluarkan bungkusan itu dari bajunya dan memberikannya kepada lelaki itu sambil berkata.."kau benar..ambillah bungkusan ini..inilah barang yang engkau cari-carikan itu.."...tuan haji menerima bungkusan itu dengan wajah yang ceria..dia lalu mengira isinya..ternyata masih sama,tidak kurang satu keping pun..selepas itu,tuan haji mengajak Amin duduk di tempat yang agak sunyi..


           Dia berkata.."saudaraku..bungkusan ini sekarang menjadi milikmu..masih ada satu bungkusan lagi berisi seribu dinar untukmu.."
Amin terkejut mendengar kata-kata lelaki itu..dengan nada bingung dia bertanya.."Apakah ini??..aku memulangkan bungkusanmu,tapi kamu kata bungkusan itu jadi milikku??..bahkan,engkau menambahkan satu bungkusan lagi berisi seribu dinar??..aku sama sekali tidak faham maksudmu..tuan haji??.."


           Tuan haji menjawab.."Harta ini diberikan kepadaku oleh seorang lelaki beriman dari Mesir..dia mewariskan kepadaku untuk meletakkan sebahagiannya di dalam Masjidil Haram..jika ad seseorang yang menemukannya dan dengan jujur dia mengembalikannya kepadaku..aku di suruh memberikan seluruh harta ini kepadanya.."
Amin takjub mendengar kata-kata lelaki tua itu..Lalu dia bertanya.."Mengapakah lelaki beriman dari Mesir itu memintamu melakukan hal demikian..??"


            Tuan haji menjawab.."Dia menginginkan sedekahnya sampai ke tangan orang yang jujur dan amanah..Kau telah mengembalikan bungkusan itu dengan penuh amanah..siapa pun yang dapat menjaga amanah,bererti dia boleh dipercayai..orang seperti itu,selain makan,dia juga akan bersedeQah dengan apa yang ada padanya..orang seperti itu tidak akan mementingkan dirinya sendiri..dengan demikian,sedekah lelaki beriman dari Mesir itu akan diterima oleh ALLAH.."


          Akhirnya tuan haji itu benar-benar memberikan dua bungkusan wang kepada lelaki miskin bernama Amin itu..Dengan hati yang penuh syukur kepada ALLAH,..Amin pulang sambil membawa seribu seratus dinar emas..Dia menyerahkan wang itu kepada isterinya yang tercinta sambil menjelaskan jalan ceritanya..


          Nah..!..sekarang wang ini halal bagi kita..Marilah kita membeli makanan dan pakaian untuk anak-anak kita..sudah dua hari mereka tidak makan..jangan lupa,sedekahkan sebahagian wang itu kepada orang-orang yang memerlukannya.."..kata isterinya lembut..
         "akan segera aku lakukan,isteriku.."..jawab amin..


         Dia lalu bergegas ke luar rumah..di halaman rumahnya,dia bersujud syukur..keningnya terus menyentuh tanah..dalam sujudnya dia membaca tasbih dan berdoa "Alhamdulillah..segala puji bagi-Mu ya ALLAH yang telah memberikan aku seorang isteri yang solehah..segala puji bagi-Mu ya ALLAH..yang telah memberiku hidayah kepadaku..segala puji bagi-Mu ya ALLAH yang telah mengalirkan rezeki sedemikian banyak kepadaku..segala puji bagi-Mu ya ALLAH atas segala nikmat yang engkau kurniakan kepadaku.."


          Setelah itu Amin pergi ke pasar dan membahagi-bahagikan sedeQah kepada fakir miskin..Dia semakin sedar bahawa dengan meninggalkan rezeki yang haram..Allah menggantikan dengan rezeki yang halal dan jauh  lebih banyak..Amin semakin yakin akan ajaran Rasulullah bahawa kejujuran adalah pintu ke syurga..syurga di dunia dan di akhirat..

No comments:

Post a Comment