juJur iTu sYurgA..

          Di pinggir kota Mekkah..pada zaman ulama salafush shalih dahulu..ada seorang lelaki miskin yang hidup dengan keluarganya..lelaki itu bernama Amin..meskipun miskin..Amin adalah orang yang jujur dan baik hati...

          Suatu hari..dia mencari makanan di dapur..perutnya terasa sangat lapar..dia mencari..jika ada sesuatu yang boleh dimakan bagi mengisi perutnya..Malang sekali,dia tidak terjumpa apa-apa pun..Bahkan,rotikering dan garam pun tidak ada..Amin bergegas membuka pintu hendak keluar rumah..
          Tiba-tiba..."suamiku..adakah engkau akan meninggalkan kami dalam kelaparan tanpa makanan??.."..tanya isteri sambil mengendong anaknya yang sedang demam panas..
          "aku akan pergi ke kaabah untuk tawaf dan solat di sana..aku akan berdoa agar ALLAH membuka pintu rezeki kita.."..jawab Amin lembut..Lalu Amin melangkahkan kaki ke kaabah..
           Sesampai di sana..dia tawaf tujuh pusingan..Lalu,dia solat 2 rakaat di depan MaQam ibrahim..Setelah itu,Amin berdoa dan menangis di Multazam..yang terletak diantara Hajarul Aswad dan pintu Kaabah..Dalam doanya,dia meminta kepada ALLAH agar diberi kemudahan dan kebahgiaan hidup di dunia dan akhirat...



           Hari itu Masjidil Haram dipenuhi jemaah haji..Selesai sahaja tawaf,solat dan berdoa..Amin melangkahkan kaki menuju ke telaga zam-zam untuk meminum airnya..Dia minum sepuas-puasnya..sebagaimana di ajar oleh Rasulullah s.a.w..Selama ini air zam-zam sentiasa mengisi perutnya yang lapar..Lalu,dia melangkah kluar dari masjid dan berniat hendak pulang ke rumah..
         
           Baru beberapa langkah..kakinya terpijak sesuatu..Amin berhenti dan melihat apa yang dipijaknya..Ternyata ianya sebuah bungkusan berwarna hijau..Dia membongkok lalu mengambil bungkusan itu..Setelah dibuka,bungkusan itu ternyata berisi wang dinar emas yang tidak sedikit jumlahnya..Amin segera membawa bungkusan itu ke rumahnya dengan hati yang berbunga-bunga...



          Setelah tiba di rumah..dia berkata kepada isterinya dengan wajah yang gembira.."Lihat isteriku..apakah yang aku perolehi hari ini..??..lihatlah aku membawa bungkusan yang penuh berisi wang dinar emas..!.."
          "darimanakah engkau mendapat bungkusan berisi wang sebanyak itu??.."isterinya terus bertanya..
          "Aku menemuinya di Masjidil Haram.."..jawab Amin..
          "kalau begitu..cepat engkau letakkan kembali bungkusan itu di tempat asalnya..Itu bukan milik kita..Itu harta orang lain..Orang yang kehilangan hartanya itu..pada saat nie pasti sedang bersedih..bungkusan yang kau temukan ini adalah amanah..Lebih baik aku dan anak-anakku mati kelaparan daripada memakan rezeki yang tidak halal..!!.."..kata isterinya tegas..

            Amin terkejut mendengar kata-kata isterinya itu..Dia terkaku sesaat..namun perlahan dia tersedar dan merasakan bahawa apa yang dikatakan oleh isterinya itu benar..bungkusan itu bukan miliknya..itu milik orang lain..dia tidak berhak memilikinya...
            "benar..ini adalah amanah..aku mesti mengembalikan nya kepada pemiliknya.."bisiknya..

            Amin pun lantas teringat namanya..Ah..!..namanya saja Amin..Amin bererti orang yang boleh dipercayai,orang yang boleh menjaga amanah..Dia mesti benar-benar seorang Amin seperti akhlak Baginda Nabi..ketika itu juga dia terus melangkah ke Masjidil Haram..


 

No comments:

Post a Comment