2) Seelok-eloknya, guna la air solution yang disuggest oleh orang yang pakar. Pastikan ia sesuai ngan mata kita jugak...dan kalo dah serasi dengan solution ni, jangan gatai tangan nak tukar-tukar unless ade nasihat dari pakar suh tukar...lagi satu nota penting, jangan campur-campurkan solution ye...memang tak digalakkan buat sebab takut isi kandungan tak sama dan boleh merosakkan contact lens...nota lagi lagi penting, jangan sesekali cuci contact lens dengan air paip ke air mineral ke air suling ke kerana takut dikhuatiri ade bahan-bahan or bakteria didalam air yang kita guna tu...
3) Ikut arahan cara nak pakai contact lens, cara nak tanggalkan, cara nak cuci contact lens betul-betul tau...jangan nak main shortcut je yeee...buat betoi-betoi secara berhemah...
4) Selepas pakai contact lens, make sure casing dicuci dan dikeringkan dengan betoi...dan seeloknya tukar la casing tu sebulan sekali...sekurang-kurangnya bila camni, casing kita akan sentiasa bersih...
5) sebelum nak pakai tu, makesure contact lens berada dalam kedudukan mangkuk ye, bukan pinggan...kalo bentuk pinggan, bila pakai, akan rasa tak selesa...so kena la kalih kan ke bentuk mangkuk...
6) Untuk yang suka bermekap, pakai contact lens sebelum mula bermekap...sebabnye kalo dah mekap, baru nak pakai, takut barang mekap tu terlekat kat contact lens dan boleh merosakkan mata dengan bahan tak bagus...time nak remove mekap pun, kena buangkan lens dulu baru buangkan mekap...kalo korang ade mekap khas yang memang elok untuk si pemakai contact lens, lagi bagus...terjaga mata korang tau..
7) nak swimming ke, nak sauna ke, nak spa ke, silalah tanggal contact lens dulu yeee....
8) Jangan tidur sekali dengan contact lense . Jangan tidur sekali dengan contact lense .Jangan tidur sekali dengan contact lense .jangan jangan jangan sesekali tido dengan contact lens...tak baik untuk kesihatan...
9) contact lens yang expire hanya boleh extend pakai untuk sehari dua sahaja...tak leh lebih...kalo lebih, cer korang tengok, nanti konpem mata korang akan merah-merah dan rasa tak selesa...tapi seeloknya, kalo dah expired, buang kan je la..tak yah la nak extend-extend pakai...takut rosak mata nanti kang...
10) Jangan sesekali memakai contact lens orang lain yeeee...kita tak tau jumlah protein yang dikuarkan oleh mata si pemakai tu berapa banyak, kita tak tau camne dia cuci contact lens dia tu, kita tak tau camne dia jaga contact lens dia tu...so kalo main redah je, tak pasal-pasal, kuman-kuman ke ape ke boleh terus melekat kat mata kita dan boleh mendatangkan penyakit...tak ke susah diri sendiri nanti...
**Lens Yang Baru dibeli haruslah direndam dengan air sollution selama 8 jam baru boleh pakai ya. Jangan sesekali guna air yang kat dalam botol contact lense yang baru dibeli sebagai sollution, itu bukan sollution ya...
Please Share If u rasa berguna untuk kawan2 lain ya... Thanks Ya :)
(copy&paste jew..=P)
No comments:
Post a Comment