sikap wanita yang disukai lelaki





banyak lelaki terpikat pada wanita yang bersifat lembut, mengambil berat, dan penuh kasih sayang..wajah keibuan mampu membuat lelaki berasa tenteram ketika sedang stress, cemas dan gelisah...
jowm tengok tips-tips yang chu-a nak kongsikan..


MENGHARGAI


wanita yang menghargai lelaki adalah wanita idaman lelaki...berbeza dengan wanita yang suka diperlakukan dengan lembut..lelaki suka dihargai, dipuji dengan tulus ikhlas dan diberi kepercayaan..penghargaan dari seorang wanita membuat lelaki berasa bangga dan dihargai..


KEANAK-ANAKAN


tahu tak..sifat keanak-anakan seorang wanita menjadi tarikan di mata lelaki..dieorang akan terasa terhibur dengan keletah korang...bukanlah sifat keanak-anakan yang melampau dan menyakitkan hati tapi sifat keanak-anakan yang menyenangkan..



PENUH PENGERTIAN


sifat pengertian wanita membuat lelaki berasa dihargai dan diterima seadanya..sikap ini tercermin daripada perasaan mudah memaafkan dan pandai memilih waktu dan tempat untuk berbincang masalah dan sebagainya..contohnya, ketika lelaki melakukan kesalahan..wanita yang memahami tidak terus mengeluarkan kata-kata yang kasar atau menuduh bukan-bukan..sebaliknya cuba mengerti apa yang berlaku..



MENGHORMATI DIRI SENDIRI


lelaki suka dengan wanita yang menghormati dirinya sendiri sebagai seorang wanita, bersikap sopan dan mempunyai etika..wanita yang menghormati dirinya sendiri mempunyai keyakinan dan tahu yang mana baik..yang mana buruk diperlakukan seorang lelaki terhadapnya..jadi dia tahu apa yang dia inginkan dan elakkan serta menjaga maruah dan harga diri nya sendiri..dia tidak akan merendah-rendahkan dirinya dan tidak akan membiarkan lelaki memperlakukan sesuka hati terhadap dirinya..



MENJAGA PENAMPILAN


lelaki menyukai wanita yang pandai menjaga penampilan agar sentiasa kelihatan cantik, bersih, kemas dan menarik..penampilan yang baik menunjukkan wanita tersebut menghargai dirinya..dia akan murah dengan senyuman, pandai merawat tubuhnya, meningkatkan kualiti hidupnya dan memberikan yang terbaik terhadap dirinya..dia bersyukur dengan dirinya dan secara tidak lansung memancarkan pesona yang menyebabkan lelaki juga menyukainya..



PANDAI BERBICARA


lelaki akan lebih tertarik dengan wanita yang ramah dan senang diajak berbual..walaupun topik perbualan yang disukai lelaki berbeza dengan topik kegemaran wanita..dia bukan sekadar teman berbual tetapi dapat memberi respon dan pendapat yang baik..lelaki suka perempuan yang pandai bergurau dan berjenaka serta boleh menerima jenaka lelaki dengan baik dan open minded...



SIMPATI DAN PRIHATIN


lelaki suka perempuan yang murah hati, mengambil berat, simpati terhadap nasib orang yang susah, sayngkan kanak-kanak dan tidak memilih...kebaikan yang wajar dan spontan mencerminkan hati yang mulia..ada kecantikkan dalaman pada dirinya...





No comments:

Post a Comment